solat eidulfitri - 1 Syawal 1430H
selepas bersolat, kita pun menjamu selera....sedaaap makanan, ada ketupat, lepat, serunding kelapa, ayam sambal,lodeh...pastu nanti selalunya jiran kami bagi makanan raya juga...ada lauk sambal gorang ada paru....iuuuuh bestnya!!!!
inilah makanan dia =) siap ada satay lagi.
raya kali ini, banyak sangat rumah terbuka...kira-kira dalam 5 termasuk yang tempat solat raya tu.
Tk lupa juga....ini yang dihantar oleh bapa ku....mama buat kuih, abah tukang ambil gambar-kira bidang commercial,marketing =)
sedap kuih ini..biasalah homemade kuih tk boleh lawan dengan kuih kat kedai =)
yang bestnya lagi satu..langit sungguh cantik...malaikat beratur ditepi jalan untuk menyambut sesiapa yang keluar pergi menunaikan solat eidilfitri..bestkan...
kesimpulannya, walau beraya jauh dari keluarga, tetap bermakna.dan alhamdulillah lebih menghayati...
=)=)=)
No comments:
Post a Comment